Umat Islam Di Malaysia Dijangka Boleh 7unai Umrah Tahun Ini

Bergantung situasi semasa C0VID-19 dan kebenaran 4rab 5audi

Khamis – Rakyat Malaysia dijangk4 dibenarkan mengunjungi 4rab 5audi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara ini termasuk kadar vaksinasi dan kebenaran kerajaan 4rab Saudi.

“Insya-Allah dalam tahun ini, malah saya yakin mungkin dalam sebulan dua lagi, tetapi mengikut keadaan C0VID-19 yang kita hadapi di samping kebenaran negara sana (Arab Saudi).

“Kita harap isu berkaitan penularan p4ndemik C0VID-19 dapat diredakan sebaik mungkin dan dalam masa sama proses vaksinasi dapat diperbanyakkan lagi,” katanya ditemui pemberita selepas melawat Maahad Darul Quran Rusila, di sini hari ini.

Beliau berkata, kebenaran itu juga bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Neg4ra (MKN) serta SOP ker4jaan 4rab Saudi.

Arab Saudi telah membuka kembali pintunya kepada pelancong dari 49 negara termasuk Malaysia sejak 1 Ogos lepas, dengan mempermudah prosedur mendapatkan visa bagi tempoh setahun dan kebenaran tinggal hingga 9o hari di negara itu.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, kerajaan telah bersiap sedia dengan beberapa tanah perkuburan antaranya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menampung jumlah kematian akibat pandemik C0VID-19 yang semakin meningkat.

Selain itu, katanya, kementerian juga telah mewujudkan sebuah pasukan khas yang antara lain berperanan memastikan jenazah pesakit C0VID-19 dikebumikan dengan cepat.

“Kita akan tengok (proses) dari bilik mayat ke tanah perkuburan, kalau boleh kurang 24 jam dan apa yang saya lihat di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini boleh disingkatkan kepada lima atau enam jam. Namun, saya mohon kalau boleh tiga hingga empat jam selesai,” katanya. – Bernama

sumber :ismaweb.net

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*