Tular Gambar Surau Unik Di Kampung Rhu Tapai Terengganu Ini Dibina Dari Pokok Terbuang Dan Chengal Berusia Lebih 300 Tahun

Tular Gambar Surau Unik Di Kampung Rhu Tapai Terengganu Ini Dibina Dari Pokok Terbuang Dan Chengal Berusia Lebih 300 Tahun

Cantik dan unik, itulah yang dapat digambarkan melihat senibina surau Langar Rindu. Surau terletak di Kampung Rhu Tapai, Terengganu ini boleh dikunjungi para pelawat tanpa mengira masa.

Untuk pengetahuan anda, struktur surau ini tampil unik kerana menggunakan kayu pokok tembusu terbuang serta kayu cengal berusia lebih 300 tahun.

Abdul Karim Embong, pemilik rumah ibadah itu telah membinanya dengan keringat tulang empat ke.ratnya dan ilham rekaan surau tercet0s secara sp0ntan tanpa pelan lakaran.

Dapat dilihat struktur binaannya menggunakan kayu membawa vibes klasik kepada pengunjung. Walaupun surau ini masih belum siap sepenuhnya disebabkan kekurangan dana, tetapi sudah ramai yang mengunjunginya ketika bermusafir.

Tulisan jawi di surau ini turut diukir dan ditulis sendiri oleh Abdul Karim Embong tanpa menggunakan sebarang lakaran. Sungguh kreatif.

Tahukah anda bahawa nama surau ini lain dari kebiasaan kerana menggunakan perkataan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu dagang dalam kalangan etnik Bawean.

Abdul Karim memilih menamakan surau ini sebagai langar yang bermaksud surau dan rindu sebagai simbolik kerinduan beribadah kepada Allah SWT seperti yang diajar Nabi Muhammad SAW.

Adakah anda pernah singgah ke Langar Rindu ini? Buat anda yang belum berkunjung ke sini, mungkin selepas penu.laran wa.bak C0VID-19 boleh singgah sebentar beribadah di sini.

Memang tak pernah terfikir ada seni tangan kreatif yang terbaik seperti ini. Tak boleh nak bayang macam mana kecekalan dan kesabaran hati pakcik ini untuk menyiapkan hasil tangan sebegini indah. Apa-apapun semoga berkesempatan untuk melawat satu hari nanti.

Sumber & foto dipetik dari The v0cket, Ateh Sembang via kongsisibomonicko.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*