Tal!ban Tak Benarkan Wanita Bersukan Terdedah Aurat!

Tal!ban Tak Benarkan Wanita Bersukan Terdedah Aurat!

KABUL: Kerajaan sementara Tal!ban yang dibentuk Selasa lalu akan melarang golongan wanita menyertai sukan terutamanya melibatkan sukan kriket.

Lar4ngan itu dimaklumkan oleh Jurucakap Tal!ban, Ahmadullah Wasiq kepada SBS TV Australia.

“Dalam sukan kriket, mereka akan berdepan kemungkinan muka dan badan tidak ditutup, sedangkan Islam tidak membenarkan golongan wanita seperti itu.

“Dalam zaman media sekarang, gambar dan rakaman video akan tersebar di merata-rata dan orang ramai akan melihatnya.

“Negara ini tidak membenarkan wanita bermain kriket atau apa sahaja sukan yang menyebabkan mereka mendedahkan avrat,” katanya.

Bulan lalu, Ahmadullah memberitahu SBS, Tal!ban akan membenarkan pasukan kriket lelaki kebangsaan menghadiri perlawanan di Australia, November depan.

Sementara itu, Menteri Sukan Australia, Richard Colbeck menyelar keputusan Tal!ban dan melahirkan kebimbangan terhadap sukan melibatkan golongan wanita di Afghanistan.

Beliau menggesa organisasi seperti Jawatankuasa Kriket Antarabangsa (ICC) mengambil tindakan.

“Meng halang wanita daripada menyertai sukan dalam apa peringkat sekalipun tidak boleh diterima.

“Kami meng gesa pihak berkuasa sukan antarabangsa termasuk ICC mengambil pendirian menentang peraturan itu,” tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia via covernews24.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*