Subhanallah. Pasangan Warga Emas Berjimat Sehingga Terpaksa Makan Sehari Sekali Supaya Bekalan Makanan Mencukupi Untuk Sebulan

KLUANG – Sepasang warga emas mec4tu makanan sehingga terpaksa makan sehari sekali kerana perlu berjimat dengan wang bantuan Jabatan Kebajikan M4syarakat (JKM) yang diterima RM300 setiap bulan.

Arshad Sukri, 75, dan isteri, Saadiah Kasim, 76, kini tinggal di sebuah rumah sewa yang uzvr di Kampung Sembrong Lapis, dekat sini tidak mempunyai pendapatan lain.

Menurut Arshad, mereka menjamah makanan sekali sehari bagi mengelakkan bahan mentah terpvtus sebelum sampai hujung bulan iaitu tarikh penerimaan bantuan JKM.

“Kami juga bersyukur kerana pemilik rumah sewa mengizinkan untuk tinggal tanpa sebarang bayaran,” katanya selepas menerima sumbangan Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) menerusi program Ziarah Kasih YPK di rumahnya pada Jumaat.

Sumbangan disampaikan Pengurus Eksekutif YPK, Zainani Jamaludin yang turut dihadiri Penolong Pegawai Tadbir Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) serta Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Kluang, Abdul Rahiman Alwi.

Menurut Arshad, dia masih mampu bekerja ringan tetapi disebabkan keadaan isterinya yang uzvr dan hasrat itu terpaksa dilupakan.

“Kami mempunyai seorang anak perempuan tetapi sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain.

“Sesekali ada juga anak tunggal kami datang membantu namun kami faham dia juga ada kekangan dan mempunyai keluarga sendiri,” katanya.

Selain bantuan JKM katanya, pemimpin setempat serta jiran ada memberikan makanan dan bahan keperluan asas bagi membantu mereka meneruskan kehidupan.

Menurut Arshad, semua kerja rumah seperti memasak dan mencuci pakaian dilakukan sendiri selepas keluar ke kedai runcit pada setiap pagi berdekatan rumah menggunakan basikal bagi mendapatkan bahan mentah.

“Jika semua barang-barang keperluan dapur lengkap, saya hanya tinggal di rumah menemani isteri sambil melakukan kerja rumah,” ujarnya.

Sementara itu, Zainani berkata, pihaknya mengetahui berkenaan pasangan itu selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum datang sendiri melihat keadaan warga emas terbabit.

“Berikutan itu, kedatangan hari ini (Jumaat) untuk mengenal pasti keperluan mereka selain menghulurkan bantuan sewajarnya sebelum langkah susulan diambil bagi memastikan kehidupan mereka berdua terbela,” katanya.

Sumber:sinar harian via kongsisibomonicko.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*