Shuib Sepahtu Yakin Sarah Akan Balik Ke Rumah

Shuib Sepahtu Yakin Sarah Akan Balik Ke Rumah

KUALA LUMPUR : Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu, 37, melahirkan keyakinan bahawa isterinya, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, akan sihat dan kembali semula ke pangkuannya dan keluarga.

Menurut Shuib, sebagai suami, tentunya dia meletakkan harapan yang tinggi agar isterinya yang tercinta kembali sihat dan berada di sampingnya serta anak-anak.

“Saya yakin Siti Sarah ku4t, saya yakin Siti Sarah akan balik ke rumah ini,”katanya selepas selesai majlis bacaan yassin secara virtu4l malam tadi.

Dalam menahan seb4k di dada, Shuib juga benar-benar berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat Sarah yang sedang bertarvng nya wa kerana dijangkit1 Covid-19 dan kini dilaporkan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Teruskan berdoa untuk Siti Sarah, untuk anak dan keluarga. Teruskan berdoa untuk semua orang dan tolong jangan lupa selitkan nama Sarah dalam doa semua,”katanya.

Selain itu, Shuib juga memohon semua pihak agar dapat memaafkan isterinya seandainya dia pernah menyakit1 hati mana-mana pihak selama ini dan menghalalkan makan minum serta dipermudahkan segala urusan.

sumber:utusan.com.my

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*