psikologi rakyat yang sudah semakin lesu dalam keadaan terkurung sejak pelaksanaan

“Mengambil contoh demonstrasi yang berlaku semalam, bukannya mereka tidak tahu risiko mengenainya tetapi apabila emosi yang terbeban sudah mengatasi rasa rasional seseorang, maka mereka tidak lagi ambil peduli dengan kesan risiko berkenaan dan kemungkinan demonstrasi itu cetusan luahan yang terpendam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas mengenai keadaan psikologi rakyat yang sudah semakin lesu dalam keadaan terkurung sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 pada 1 Jun lalu dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menyertai penganjuran perhimpunan semalam.

Mengulas lanjut Dr Zukifar berkata, tindakan luar kawal juga disumbang maklumat yang kerap dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab dan dimuat naik di media sosial, selain situasi Covid-19 yang sukar diramal ketika ini.

Menurutnya, disebabkan ketidakpastian polisi dan arahan yang berubah-ubah menjadikan masyarakat membuat andaian sendiri.

“Orang Malaysia berpegang pada nilai budaya tetapi apabila berlaku pengkhianatan kepada nilai itu menjadikan mereka tidak berfikir dengan rasional atau wujud sifat pentingkan diri.

“Selain itu, apabila ada golongan ‘level kayangan’ yang bebas melakukan aktiviti dan pada masa sama rakyat sentiasa mendisiplinkan diri mengikut arahan, maka itu menyebabkan masyarakat lebih marah.

“Covid-19 ini kita tidak tahu berapa lama lagi berakhir dan berapa lama ekonomi akan pulih serta tiada sebarang jaminan yang boleh diberikan.

“Apabila tiada satu jaminan, tiada tempat untuk ‘berpaut’, ia akan meninggalkan kesan trauma kepada individu apatah lagi dengan varian baru yang lebih ganas.

“Secara emosinya masyarakat terkesan bukan hanya membabitkan kewangan, malah ada yang kehilangan keluarga dan ini semua membawa kepada kelesuan emosi.

“Malah, rakyat turut ‘disajikan’ dengan aksi ahli politik yang bersengketa ketika di Parlimen dan bukan bersatu padu untuk menolong rakyat dan tidak mustahil kemurungan rakyat ini disebabkan masalah bertindan (masalah atas masalah).

“Perlu diingat bahawa rakyat Malaysia sudah matang dan bukan seperti 40 tahun dahulu dan kini mereka lebih bijak membuat penilaian,” katanya.

Sementara itu, Dr Zulfikar turut menasihati orang ramai agar membuat perancangan jangka pendek (seminggu) buat masa ini berbanding memberi fokus terhadap rancangan jangka panjang (tiga bulan).

Beliau berkata, dalam situasi sekarang lebih baik untuk mempersiapkan diri untuk menerima kebarangkalian yang lebih teruk.

“Kita tidak boleh menjangka apa akan terjadi pada masa akan datang, minggu depan atau sebulan lagi. Kita jarang untuk menyiapkan diri untuk menghadapi perkara buruk yang terjadi.

“Adakah kita bersedia sekiranya kekecewaan berlaku kelak dan bagaimana persiapan mental dan fizikal kita. Oleh itu, kita kena sentiasa bersedia dengan semua maklumat dan membuat persediaan iaitu rancangan jangka pendek,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*