Pelakon Terkenal Tanah Air Syatilla Melvin Tawar Jadi Ibu Susuan Kepada Anak Shuib Ayash Affan, Ini Reaksi Shuib

Pelakon Terkenal Tanah Air Syatilla Melvin Tawar Jadi Ibu Susuan Kepada Anak Shuib Ayash Affan, Ini Reaksi Shuib

Shuib perlu menggalas tanggungjawab yang besar untuk membesarkan empat cahaya mata tanpa bidadari syurganya, Siti Sarah Raisuddin disisi, tambah lagi pada anak keempatnya, Ayash Affan yang baru saja dilahirkan beberapa hari lepas.

Menurut laporan mStar, Shuib mula rasa bimbang setelah memikirkan soal susu untuk Ayash Affan yang kini sedang berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Ketika dihubungi, Shuib juga mendedahkan bahawa terdapat banyak tawaran yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya itu termasuklah pelakon Syatilla Melvin.

Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla Melvin pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa. Nanti jadi ibu susuan, saya taktahu sangat. – katanya kepada mStar. Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama

Menurut Shuib, berkemungkinan yang Ayash Affan dah boleh balik rumah dalam sebulan lebih lagi dan masih tidak berpeluang untuk berjumpa kerana risiko tinggi wabak di PPUKM. Keadaan anak bongsunya itu juga dikatakan semakin stabil dan beratnya juga telah melebihi dari 1.8 kilogram.

Ujian saringan juga telah dibuat sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif. Alhamdulillah, semoga Ayash Affan cepat-cepat membesar dengan sihat. Apapun, semoga terus kuat demi anak-anak ya! Ramai yang mendoakan dan sentiasa memberi sokongan buat Shuib.

Kredit: mStar | Berita Harian via majalah-harian.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*