OLIMPIK: The Rocketman Malaysia Datuk Azizulhasni Awang Layak Ke Suku Akhir Dengan Bergaya

OLIMPIK: The Rocketman Malaysia Datuk Azizulhasni Awang Layak Ke Suku Akhir Dengan Bergaya

Aksi atlet berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang (dua kiri ) pada saingan pusingan pertama acara keirin temasya Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo.

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir selepas menamatkan saringan ketiga pusingan pertama acara keirin lelaki di kedudukan pertama pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Velodrom Izu, Tokyo sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus berjaya menghidupkan peluang dan harapan beliau untuk merangkul pingat emas negara pertama pada temasya kali ini.

Mengikuti langkahnya ke suku akhir yang dijadual berlangsung esok adalah Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago.

Azizulhasni yang merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada Olimpik Rio 2016 tiba di garis penamat di hadapan Paul manakala Patryk Rajkowski dari Poland di tempat ketiga.

sumber:bharian.com.my

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*