Kisah Sekumpulan PerOmp4k Yang Insaf

Kisah Sekumpulan PerOmp4k Yang Insaf

Pada zaman dahulu terdapat sekumpulan lelaki yang bekerja sebagai peromp4k. Ramailah pedagang – pedagang yang melalui kawasan tersebut yang menjadi m4ngsa mereka. Pada suatu malam mereka berpakat untuk meromp4k di sebuah rumah salah seorang kaya di bandar itu. Mereka lalu menyamarkan diri sebagai tentera – tentera Islam yang baru pulang dari j!had pada jalan Allah. Rancangan mereka ialah untuk meromp4k rumah tersebut pada keesokan malamnya.

Setelah sampai mereka lalu mengetuk pintu rumah sambil menerangkan kepada tuan rumah: ‘Kami adalah dari pasukan jihad dan baru pulang dari medan perang. Sesungguhnya kami telah tersesat jalan dan jika diizinkan tuan dapatlah kiranya kami bermalam di rumah ini.’

Tuan rumah itu amat berbesar hati kerana sudah menjadi satu kebanggaan menyambut para pejvang yang baru pulang dari medan jihad. Semasa makan malam mereka terpandangkan seorang kanak – kanak yang terbaring lesu di ruang tamu tersebut. “ Siapa budak itu?” Tanya ketua peromp4k tersebut. Lelaki kaya itu lantas menjawab: “ Ohh.. itu anak saya. Tubuhnya cacat dan sudah berbagai – bagai ubat dan tabib yang kami jumpa untuk menyembuhkannya. Tapi Allah belum lagi mengizinkannya.”

Selepas makan malam, peromp4k – peromp4k itu berpura – pura mengambil mengambil wuduk untuk menunaikan solat malam bagi mengabui mata tuan rumah tersebut bahawa mereka sememangnya tentera Islam yang baik dan bertakwa.
Ketika itulah lelaki kaya itu berfikir: “ Hmm. Baik aku ambil sedikit sisa air wuduk mereka yang berjihad pada jalan Allah ini. Manalah tahu dengan keberkatan mereka itu anakku akan sembuh.”

Dia lalu mengambil air bekas wuduk lelaki – lelaki tersebut dan diberikan kepada isterinya. “ Sapukan air ini ke seluruh badan anak kita, moga – moga keberkatan mereka berjuang di jalan Allah akan menyembuhkan anak kita.” Kata lelaki tersebut kepada isterinya. Perempuan itupun tanpa membantah melakukan seperti apa yang disuruh oleh suaminya.
Pada keesokan harinya tiba – tiba anak lelaki kaya yang lumpuh itu telah sembuh dengan serta merta. Lelaki kaya dan isterinya amat gembira kerana hajat mereka untuk melihat anak mereka sembuh seperti sediakala terkabul juga. Ketua peromp4k yang melihatkan peristiwa itu lantas bertanya kepada lelaki tersebut: “ Bukankah itu anakmu yang kami lihat lumpuh semalam?”

“ Ya benar, itulah anakku yang lumpuh semalam. Sesungguhnya semalam tanpa pengetahuan kamu semua, aku telah mengambil air dari sisa wudukmu untuk disapukan ke badan anakku. Alhamdulillah dengan izin Allah anakku telah sembuh. Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana berkat kamu semua sebagai mujahid di jalan Allah, anakku telah sembuh.” jelas lelaki itu panjang lebar.

Mendengarkan keiklasan dan ketelusan lelaki itu yang percaya dan yakin bahawa mereka adalah para mujahid Islam, peromp4k – peromp4k itu terharu lalu menangis.

Ketua peromp4k itu akhirnya menceritakan keadaan yang sebenar bahawa mereka bukanlah pejuang jihad tetapi peromp4k yang mahu meromp4k rumahnya.
Namun disebabkan keyakinan kepada Allah bahawa mereka adalah para mujahid menyebabkan anak mereka sembuh seperti biasa.

Dengan nada penuh keinsafan ketua perompak itu berkata: “ Bukan kami yang menyembuhkan anakmu, tetapi keyakinan kamulah yang menyebabkan Allah memberikan kesembuhan itu. Sesungguhnya peristiwa ini telah menyedarkan kami dan mulai dari hari ini kami akan bertaubat dan tidak akan meromp4k lagi.”
Akhirnya semua peromp4k itupun meninggalkan pekerjaan kej! mereka dan seterusnya bergabung bersama – sama pasukan jihad yang sebenarnya untuk menjadi para mujahidin sejati.

sumber :klinikmotivasi.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Apa Pendapat Anda, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*