Kematian Yang Di Cemburui Perginya Di Awal Muharam Di Subuh Pagi Isnin Sama Dengan Hari Baginda Rasulullah wafat,

Kematian Yang Di Cemburui Perginya Di Awal Muharam Di Subuh Pagi Isnin Sama Dengan Hari Baginda Rasulullah wafat,

Kuala Lumpur: “Malam tadi adalah detik terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor.”

Itu kata Shuib mengenai panggilan video dia bersama tiga anaknya dengan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), malam tadi.

Shuib berkata, ketika panggilan video dibuat arwah kelihatan mengalirkan air mata seolah-olah memahami apa yang diungkapkan dia dan tiga cahaya mata mereka iaitu Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

“Air matanya berlinangan seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya. Saya ada ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat tapi saya tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya.

Menurut Shuib, dia reda dengan pemergian isterinya pagi tadi kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

“Saya belum memaklumkan kepada anak-anak mengenai pemergian arwah ibunya kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.

“Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi,” katanya.

Berita berkaitan

1 Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah

2 Video pelukan terakhir Siti Sarah dan anak-anak mengundang sayu

3 ‘Arwah bergelut selamatkan anak kami’ – Shuib

4 Siti Sarah mahu rahsiakan ibadah korban di Gaza

5 ‘Bidadari syurga saya pergi buat selamanya’

6 Siti Sarah meninggal dunia

SUMBER:HM via maibaca.net

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*