Kanak-Kanak Berumur 8 Tahun Mavt Terjatuh Gelongsor Taman Tema Air

Kanak-Kanak Berumur 8 Tahun Mavt Terjatuh Gelongsor Taman Tema Air

Mal@ng nasib yang menimpa seorang kanak-kanak di Goias, Brazil selepas dipercayai terjatuh daripada sebuah gelongsor air yang dialihkan berketinggian 13.716 meter.

Mangsa dikenali sebagai Davi Lucas de Miranda berusia 8 tahun dikatakan menaiki gelongsor di Taman Air Acqua Roma pada Ahad lalu namun tidak menyedari gelongsor tersebut sedang dalam penyelenggaraan.

Memetik laporan media tempatan, mangsa masih hidup ketika diselamatkan namun men1nggal dunia ketika berada di hospital. Ketika kejadian papan pemberitahuan dan sekatan yang diletakkan didakwa tidak mencukupi sehingga menyebabkan empat gelongsor air kelihatan seolah-olah dibuka kepada orang ramai.

Bagaimanapun sebahagian daripada tiga gelongsor air dipercayai telah dialihkan namun tidak dapat dilihat dari permulaan gelongsor tersebut. Ujar pihak polis, mangsa ketika itu berjaya melepasi sekatan (jalur pita) yang diletakkan di pintu masuk permainan itu.

Mangsa ketika kejadian dikatakan memanjat ke permulaan gelongsor lalu memasuki salah satu daripadanya. Ketika itu hanya satu pintu masuk ke empat gelongsor itu ditutup dan mangsa dipercayai memasuki tiub gelongsor yang dibuka.

Bercerita lebih lanjut, mngsa terjatuh pada ketinggian 13.716 meter sebelum mengh3mpap rangka kayu dan besi yang menyokong gelongsor berkenaan serta berguling ke dalam kolam sedalam 71.12 sentimeter (sm).

Difahamkan, mangsa terlepas daripada pengawasan bapanya selepas dia dipercayai ditinggalkan oleh bapa dan adiknya yang ketika itu menggunakan bilik air.

Kini pihak polis masih menjalankan siasatan dan mangsa telah dikebum1kan di kampung halaman keluarga di bandar Conselheiro Lafaiete, negeri Minas Gerais pada Isnin lepas.

Sumber: Daily Star & The Sun via ohbulan

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Apa Pendapat Anda, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*