Jutawan Yang Jadi P4pa Ked4n4 Dalam Seklip Mata “Bila Allah Berkehendak” Sekelip Mata Allah SWT Uji Saya

Jutawan Yang Jadi P4pa Ked4n4 Dalam Seklip Mata “Bila Allah Berkehendak” Sekelip Mata Allah SWT Uji Saya

Jutawan yang jadi papa kedana dalam seklip mata

Kuala Lumpur: “Saya pernah berpendapatan jutaan ringgit, menaiki penerbangan kelas pertama dan tidur di hotel lima bintang.

“Namun, dalam sekelip mata Allah SWT uji saya apabila semua itu hilang malah pernah hidup bergelan dangan serta mengharapkan belas 1hsan orang lain.”

Itu luahan Johari, 50-an, apabila melalui perubahan 180 darjah dalam kehidupannya selepas gagal dalam perniagaan kira-kira 10 tahun lalu. Akibatnya, dia bergelan dangan selama setahun.

Johari berkata, ia tempoh paling sukar buat dirinya serta keluarga namun dia tetap bersyukur ‘peringatan’ Allah SWT itu diterimanya sebelum dijemput menghadap-Nya.

“Biasalah, ketika senang, adakalanya kita lupa siapa yang memberi rezeki dan nikmat. Ada yang mengatakan saya menjadi mangsa 1ri hati orang lain namun jika benar, saya sudah lama memaafkan individu terbabit.

“Ini semua aturan ditetapkan Tuhan dan saya sebagai hamba reda dan bersyukur,” katanya.

Menceritakan kisahnya, Johari berkata, dia serta keluarganya pernah hidup mewah, malah berkawan rapat dengan orang kenamaan.

“Namun, ia sekelip mata berubah apabila perniagaan dalam bidang hartanah seolah-olah ‘tidak menjadi’ menyebabkan saya krugian besar kira-kira 10 tahun lalu.

“Lebih menyed1hkan, isteri tercinta men1nggal dunia pada 2008. Saya cukup ‘terduduk’ ketika itu malah bergelan dangan kerana tiada sumber pendapatan selain untuk makan minum,” katanya.

Menurut Johari, yang menjadi kekuatannya ialah dua anaknya yang kini melanjutkan pengajian di universiti.

Kata Johari, selepas setahun bergelan
dangan, dia diambil bekerja sebagai penyelaras bagi kerja-kerja kebajikan di lapangan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Saya kini tinggal di rumah pusaka. Saya lebih gembira sekarang ini, apa yang saya lakukan sekarang memberi erti cukup besar buat saya serta keluarga,” katanya.

Menurut Johari, aturan ditetapkan Allah SWT sangat hebat.

“Alhamdulillah, anak saya diberi rezeki untuk berjaya dalam hidup, Insya Allah.

“Anak perempuan kini menuntut dalam bidang seni bina di universiti di Perancis manakala anak bongsu di universiti tempatan,” katanya.

Menurut Johari, hubungan mereka kini bertambah erat.

“Walaupun hari ini saya tidak berpendapatan jutaan ringgit namun saya bahagia dan bersyukur kerana dapat membantu orang kurang bernasib baik terutamanya rakan-rakan gelandangan,” katanya.

Sumber : Harian Metro via satkobaviral.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*