Hargai dan Sayangilah Mak Sementara Dia Masih Ada. Kerana Doanya Tiada Hijab

Hargai dan Sayangilah Mak Sementara Dia Masih Ada. Kerana Doanya Tiada Hijab

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.

Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.

Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.

Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.

Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.

Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.

Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.

Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.

Doa Kepada Ibu Bapa Dalam Al-Quran…Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa. Kedudukan ibu bapa dalam Islam sangat tinggi. Allah swt memerintahkan anak-anak untuk mentaati ibu bapa selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’. Malah, dosa menderhaka kepada ibu bapa dikategorikan sebagai dosa-dosa besar. Malah, keredhaan Allah swt juga terletak pada keredhaan ibu bapa. Disini disediakan Doa khusus Kepada Ibu Bapa yang terdapat dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Kredit : @Farizal Radzali

via : lakarmedia.com via cikguking.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*