Demi Sesuap Nasi Abang Ini Gigih Merangkak Menjual Minyak Angin

Setiap orang mempunyai cabaran tersediri untuk hidup. Ada yang diduga dengan kemewahan, ada yang mengalami kepayahan untuk mencari rezeki dan ada juga yang tidak mempunyai kudrat untuk mencari sesuap nasi.

Jual minyak angin sara kehidupan

Namun begitu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Menerusi satu perkongsian seorang individu di Facebook yang dikenali sebagai Suid Abdul, dia telah memuat naik beberapa keping gambar seorang lelaki yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) menjual minyak angin di Pantai Murni, Yan, Kedah. Walaupun sukar untuk berjalan, lelaki itu masih gigih mencari rezeki dengan berpanas mencari rezeki untuk menyara kehidupannya.

Datang dari Jitra ke Yan tumpang jiran

Lebih meny4yat hari, lelaki itu dikatakan berasal dari Jitra, Kedah dan datang ke Pantai Murni dengan menumpang kawan untuk berniaga. Hal tersebut telah dimaklumkan oleh beberapa warganet yang meninggalkan komen di ruangan Facebook Suid.

LVmpvh dari pinggang ke bawah

Menerusi komen itu juga, Suid memberitahu bahawa lelaki yang dijumpainya itu mengalami lum puh dari bahagian pinggang hingga ke kaki. Kesuk4rannya untuk bergerak membataskan perjalanan yang boleh dibuat untuk berniaga minyak angin.

Pakat tolong semampunya

Sehubungan dengan itu, beberapa individu telah menyeru agar sesiapa yang berada di sekitar kawasan Patai Murni agar sama-sama meringankan bebannya dengan membeli minyak angin yang dijual. Semoga ia sedikit sebanyak membantunya dalam mencari rezeki halal.

Sumber : Suid Abdul via majalah-harian.com via konsisibomonicko.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*