Berjaya Kembangkan Islam Di Jepun Dan Bina Masjid Sendiri. Pemergiaan Seorang Tokoh Muslim Warga Jepun Ini Mendapat Perhatian Ramai

Berjaya Kembangkan Islam Di Jepun Dan Bina Masjid Sendiri. Pemergiaan Seorang Tokoh Muslim Warga Jepun Ini Mendapat Perhatian Ramai

Baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergi4n tokoh ulama’ Ustaz Abu Hassan Din, kini terima pula khabar berita pemergian seorang tokoh muslim warga Jepun yang telah memberi banyak sumbangan terhadap penyebaran dan pembangunan islam di negara Jepun.

Diberi nama Mahdy akira Hamanaka, beliau amat dikenali dikalangan penduduk muslim di Jepun dan juga rakyat malaysia disana. Beliau juga amat menyukai negara Malaysia bahkan fasih berbicara dalam bahasa Melayu. Pemergi4n beliau merupakan satu kehilangan yang besar bagi penduduk muslim disana.

Selain itu, beliau juga merupakan satu-satunya warga Jepun yang berjaya mendirikan masjid beliau sendiri yang dikenali sebagai masjid Niihama.

Mendapat hidayah ketika berusia 19 tahun untuk menganut islam, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar di sekolah pondok yang terletak di Kuala Selangor.

Seterusnya, beliau menyambung lagi pengajian sehingga ke Mesir, menjadikan dirinya sebagai salah seorang pendakwah paling awal membantu mengembangkan Islam di Jepun.

Malah kebanyakkan saudara baru di Jepun, mendapat bantuan dan bimbangan daripadanya untuk memeluk Islam, membuatkan mereka begitu terkesan dengan pemergiannya.

Selain dari berdakwah, beliau juga mempunyai minat dalam sukan badminton dimana dia turut membantu dalam hubungan antara Malaysia dan Jepun dalam sukan tersebut. Mari kita sama-sama berdoa dan semoga arwaah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber:soyalemon via apacerita.press

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*