Alhamdulillah Dapat Bos Yang Menjaga Pekerja,Dunia Dapat Akhirat Pun Dapat.Kisah Datuk Rosyam Nor Ajar Staff Mengaji.

Alhamdulillah Dapat Bos Yang Menjaga Pekerja,Dunia Dapat Akhirat Pun Dapat.Kisah Datuk Rosyam Nor Ajar Staff Mengaji.

Bersyukurlah la Dapat Bos Macam Datuk Rosyam Nor,Dunia Dapat Akhirat Pun Dapat.Kisah Datuk Rosyam Nor Ajar Staff Mengaji.

Mengamuk staf tak baca al-Quran, Rosyam Nor luang masa ajar mengaji Tidak dinafikan wajah pelakon dan juga penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor sudah jarang kelihatan menerusi kaca televisyen.

Selain memiliki perniagaan pasar raya, beliau juga merupakan pengasas kepada Suhan Movies & Trading yang merupakan salah satu syarikat penerbitan tanah air.

Terbaru, menerusi saluran YouTube milik syarikat tersebut, terdapat satu video yang telah mengundang pujian netizen kerana mereka menyifatkan perkara dilakukan itu amat mendatangkan kebaikan kepada diri masing-masing.

Tok Syam mengamuk staf tak mengaji!

Menerusi perkongsian tersebut, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin sedang mengajar beberapa kakitangan syarikatnya mengaji iqra dan al-Quran.

Menurut kapsyen video itu, kebiasaannya mereka diajar oleh ustaz namun kali ini figura berusia 53 tahun itu sendiri cuba untuk ‘menguji’ bacaan kakitangannya.

Meskipun cara mengajar yang agak garang namun setiap yang disampaikan amat bermakna dan mampu membantu setiap pekerjanya untuk lebih peka tentang pembacaan yang betul.

Untung dapat bos macam ni

Rakaman berdurasi 13 minit itu menerima reaksi positif warganet yang turut teruja cara beliau menjaga kebajikan para pekerja selain memuji betapa untungnya memiliki bos yang begitu mengambil berat mengenai didikan agama.

Harap Tok Syam dapat beri bimbingan kepada semua

Garang tak apa, asalkan jaga akhirat

Tahniah Dato dan juga para pekerja

Dari main ‘redah’ bacaan, sedikit sebanyak dapat juga memperbetulkan apa yang perlu! Semoga perkongsian antara mereka diberi ganjaran pahala dunia dan akhirat. Amin.

Sumber: YouTube Suhan Movies via ohmymedia via portalislamik.net via kongsiinfo.com

Breaking 78 post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Breaking 78 post.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*